Sunday 5 October 2014

Pengenalan - Apa Itu Arca


DEFINISI ARCA  

 

Dimana selalunya arca dilihat?
Selalunya arca dapat dilihat di galeri, Taman permainan,Dan tempat – tempat yang menjadi tarikan pelancong seperti di muzium dan Tugu Peringatan

Tahukah anda jenis – jenis arca? 

Arca bersifat realis atau abstrak. Arca realis menampilkan objek sebenar yang difahami kewujudannya seperti ukiran dan acuan patung manusia. Arca abstrak pula adalah bersifat konseptual dan memerlukan daya pemikirkan yang tinggi untuk menginterpretasikan betuk dan maksud arca tersebut. Ini sesuai dengan peranan pengarca itu sendiri dalam merakam segala pengalaman dalam kehidupan melalui perluahan rasanya ke dalam bentuk arca.
Arca terbahagi kepada dua kategori yang besar iaitu arca estetik dan arca berfungsi


•Arca Binaan 
Arca ini ialah pembinaan cantuman daripada bahan-bahan yang sama. Misalnya jika besi maka cantumannya juga besi. Sekiranya bahan kayu maka cantumannya juga adalah kayu. Arca jenis ini boleh dibina berasaskan teknik kerangka atau tidak berkerangka. Untuk teknik kerangka, ia digunakan sebagai struktur asal atau bahagian dalaman biasanya diperbuat daripada dawai, keluli dan sebagainya. Bahagian luar mengandngi lapisan lain seperti bancuhan simen. Arca tanpa kerangka pula dibina berasaskan cantuman bahan-bahan seperti logam yang dicantum samada secara pateri atau kimpalan.

•Arca Luakan

 
Pembinaan arca melalui teknik ukiran dan membuang mana-mana bahagian batu atau kayu. Biasanya bahan pembinaan arca ini ialah batu atau kayu, batu marmar, plaster of paris, lilin, tanah liat dan sebagainya. Pelbagai alat digunakan bergantung pada jenis dan kekerasan bahan. Contohnya, jika menggunakan alatan tajam untuk proses memotong, memahat, mengikis dan sebagainya. Contoh arca luakan antarabangsa yang terkenal ialah patung “David” karya Mochelangelo (“Keris” arca yang telah dihasilkan oleh Lattif Mohidin)

•Arca Timbulan

 

(Arca timbulan (relief) pada permukaan dinding 

sebagai monumen untuk memperingati Korban 40000 Jiwa Kota Parepare.

 

(Arca Timbulan tamadun Mesopatamia yang           
  dipamerkan di Muzium Louvre, Paris.)


Arca ini juga dikenali sebagai arca relief, dibina daripada hasil karya dua dimensi yang kemudian ditimulkan menjadi imej tiga dimensi. Arca ini adalah kombinasi antara ciri-ciri catan dan arca. Manusia pada zaman dahulu menghasilkan arca dengan memotong, memahat atau mengorek keluar latar belakang yang mengelilingi figura atau binatang akan menjadi figura tersebut timbul dari permukaan dan kelihatan menarik. Henri Matisse (1869-1954) dan Jacques Lipcitz (1891-1973) adalah antara tokoh pengarca barat yang menampilkan aliran dan pengaruh kiubisme dalam arca timbulan ini.


 •Arca Mobail



 (Alexander Calder adalah pelopor arca bergerak pada tahun 1930an.)

Arca ini boleh bergerak sendiri, berputar, berombak, dan biasanya terawang-awang. Pemindahannya berasaskan seni yang boleh bergerak. Mobail ini digantung di atas syiling. Arca ini dipelopori oleh Alexender Calder (188-1976), iaitu seorang pengarca dan jurutera Amerika dan diperkenalkan pada awal tahun 1930an. Arca stabail boleh bergerak tetapi pergerkannya terhad dan tidak seperti arca mobail yang boleh terawang-awang.

•Arca Stabail 


Berbeza dengan mobail, ia tidak terawang tetapi boleh bergerak kerana kedudukan yang boleh bergerak.•Arca GabunganArca gabungan ialah pengabungan beberapa jenis arca dalam menghasilkan karya. Gabungan ini bukan sahaja dari segi jenis malah teknik penghasilannya yang diserap dan dipengaruhi oleh disiplin lain seperti catan, cetakan dan sebagainya. Arca ini mempunyai pengaruh instalasi apabila penonton menikmati karya dengan berada dalam ruang persembahan arca tersebut dan bukan hanya di hadapan arca itu sahaja. Ini disebabkan ruang galeri telah menjadi sebahagian daripada karya. Tambahan pula, arca gabungan ini merupakan kombinasi daripada disiplin arca binaan, timbulan dan asemblaj.


•Arca Dinding
 
Arca dinding diperkenalkan oleh pelukis Abdul Latiff Mohidin. Arca ini adalah integrasi antara catan dan arca yang dihasilkan di atas permukaan kayu dan terlekat di dinding. Biasanya arca dinding dihasilkan di atas kepingan kayu atau bangunan dan sebagai hiasan di meja, dinding atau digantung pada syiling . di Malaysia antara arca dinding yang terkenal adalah “Langkawi – 1977 daripada Abdul Latiff Mohidin”.
•STABAIL•
Stabail ialah satu binaan seperti mobail yang boleh bergerak tapi tidak terawang-awang kerana kedudukan kakinya sengaja boleh bergerak. Bahan atau bahagaian dicantum dengan tali/benang pada satu palang yang tidak boleh bergerak. Stabail tidak mempunyai sendi-sendi dimana bahan atau bahagian yang dicantum boleh bergerak secara terawang-awang. 
•Rekaan stabail boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti murid dengan menggunakan bahan-bahan yang ada dan mudah didapati. Stabail boleh digantung di dinding, tingkap , atau pintu siling.

•MOBAIL•
Mobail merupakan hasil cantuman dari pelbagai bahan atau bahagian untuk membolehkannya bergerak dan dibangunkan menjadi sebuah arca. Mobail juga dikenali sebagai Acra bergerak atau Arca Kinetik . Mobail biasanya digantung di atas siling.
•Bahagian mobail dicantumkan pada sendi untuk membolehkannya bergerak , berputar atau berombak. Mobail mula dipelopor oleh Alexander Calder dari Amerika bahan yang digantung mempunyai imbangan yang sesuai dan dicantum pada sendi untuk membolehkannya bebas bergeraK.

.•ASEMBLAJ•
Asemblaj adalah himpunan bahan-bahan yang disusun dan mempunyai daya estetik ataupun cara perletakan yang menimbulkan suatu makna. Walaupun pada kebiasaannya aktiviti ini dikaitkan pada himpunan bentuk-bentuk dua dimensi, ianya juga boleh dihasilkan dalam bentuk tiga dimensi.


Arca-arca Yang Terdapat Di Malaysia. 



  • Antara arca awam yang awal di Malaysia. 4 tokoh penjajah British yang diagungkan menggunakan medium arca awam dengan tujuan mengesahkan keberadaan serta persepsi mereka sebagai hero di Tanah Melayu. Atas kiri Francis Light, atas kanan Frank Swethnam. Bawah kiri Stamford Raffles, bawah kanan Robert Walker.   


  •  Bangunan stesen keretapi di Tanjong Pagar turut terdapat karya–karya arca timbulan  di bahagian hadapannya. Arca timbulan tersebut mempunyai empat imej figura di setiap tiang bahagian hadapan bangunan.  Arca timbulan tersebut membawa simbol pertanian, perdagangan, pengangkutan dan industri. Pengarca Angelo Vannetti* dengan kerjasama dari firma Raoul Bigazzi (pembekal marmar dan gangsa)  telah mengukir arca timbulan tersebut. Berbeza dengan arca timbulan di bangunan RRIM yang mempunyai timbualan yang rendah (low relief ), arca timbulan di KTM ini tinggi menonjol keluar (high relief) Disamping itu terdapat mural di kedua-dua dinding yang tinggi pada ruang menunggu di dalam bangunan, mural tersebut  menggambarkan sisioekonomi di Tanah Melayu ketiku itu. Lakaran aktiviti perlombongan timah, sawah padi, penanaman getah dan tongkang China yang sedang berlabuh mengingatkan asal usul Singapura yang berada dalam Tanah Melayu suatu waktu dulu. Bangunan yang dibina dalam tahun 1932 itu ia tetap membawa identiti Tanah Melayu 
     
  • Tugu Negara dicipta pada tahun 1966 oleh Felix de Weldon iaitu seorang pematung/ perupa terkenal yang juga telah mencipta tugu peringatan Iwo Jima di Washington DC. Tujuh orang yang membentuk tugu peringatan ini melambangkan ketaatan, pengorbanan dan kerjasama penduduk Malaysia. Tugu ini didirikan untuk memperingati jasa mereka yang terlibat (dan berkorban) di dalam Perang Dunia Kedua dan sewaktu peristiwa Darurat di Malaya.
  •  Penghujung tahun 2010 dua arca awam lagi telah dibina di Bandaraya Kuala Lumpur. Sebuah syarikat telekomunikasi yang gah Aixata telah meminta pengarca terkenal Ramlan Abdullah  untuk membina arcanya di perkarangan bangunan baru mereka di kawasan  KL Senteral.  “Prisms by Axiata” 2010  menjadi arca berstruktur setinggi 24.2 meter dan yang tertinggi setakat ini di Malaysia.  Menjadi ikon terbaru Axiata dan Bandaraya Kuala Lumpur
  • selepas  13 tahun arca ‘keris’ oleh Abdul Latiff Mohidin di taja oleh Maybank. Pada 22 disember 2010 sempena ulangtahun ke 50 Maybank. sebuah arca oleh Yusof Gani telah di bina di Menara Maybank  untuk menjadi teman kepada arca ‘keris’.  Dengan tajuk  ‘Segerak- One Movement ,1Malaysia’ , arca ini berdiri gagah membawa inspirasi 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke 5.
Sejarah Arca
Sejarah penemuan terawal seni arca - terjumpanya arca ukiran daripada gading, tulang, tanduk dan tanah liat yang dihasilkan oleh orang Aurignacian dan Magdalenia pada 800SM. Bukti sejarah membuktikan arca telah dihasilkan sejak zaman tamadun lama seperti Mesir, Yunani, Mesopatamia, China dan India.Arca yang dihasilkan pada masa itu berbentuk boneka dan menggunakan bahan pelbagai.Di Eropah - hasil penemuan arca terawal berbentuk patung kecil ‘Cycladic’ berupa figura manusia dijumpai disebuah pulau di Laut Aegen 4500 tahun yang lalu. Zaman Renaissance – arca ‘David’ dihasilkan oleh Michealangelo.


Di Malaysia, kaum asli Mah Meri  dan Jah Hut di Pahang popular dengan hasil arca ukiran patung yang berunsur magis yang ebrkait rapat dengan kepercayaan mereka.Antara arcawan tempatan ialah Abdul Latiff Mohidin, Anthony Lau, Syed Ahmad Jamal, Bayu Utomo Radjikin.



Generasi muda yang turut melibatkan diri dalam penghasilan karya arca ialah Mat Annuar Ismail, Raja Shariman Raja Aziddin, Wong Pei Yu dan lain-lain. Sebuah Laman Asean diwujudkan untuk mengumpulkan karya arca sempena menyambut ulang tahun ke-20 penubuhan ASEAN yang terletak berhampiran dengan Tugu Peringatan Kuala Lumpur.

     
     

1 comment: