Wednesday 29 October 2014

Subjek Kajian dan Sumber Idea

TEMA PROJEK :
PENTAKSIRAN MALAYSIA
"Indahnya Malaysia"
 subject mater yang dipilih...
1) Idea pertama dan kedua ada didalam bendera
                    Bendara Malaysia  

Bendera merupakan lambang kepimpinan, simbol penghormatan, martabat dan kewarganegaraan bagi sebuah negara. Setiap negara mempunyai bendera yang tersendiri untuk mewujudkan perasaan bangga terhadap tanah air. Bendera ditakrifkan sebagai sebidang kain yang diperagakan bagi menunjukkan tanda dan lambang kewujudan yang juga dikenali sebagai panji dan obor. Bendera dalam budaya Melayu biasanya dikaitkan dengan kedudukan golongan Diraja yang memerintah.
Terdapat 14 jalur merah dan putih melintang yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah. Jalur-jalur ini menandakan keanggotaan 13 buah negeri dan sebuah Wilayah Persekutuan iaitu Kedah, Pahang, Kelantan, Johor, Perak, Perlis, Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu, Sarawak, Pulau Pinang, Sabah, Melaka dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya).
Warna merah pada jalur membawa makna gagah berani dan warna putih pula membawa makna suci murni. Warna kuning yang digunakan pada bulan dan bintang adalah warna Diraja yang melambangkan Raja-Raja Melayu. Gabungan tiga warna utama iaitu merah, putih dan biru melambangkan setiakawan Persekutuan Tanah Melayu dan United Kingdom dan penyatuan Tanah Melayu dengan Negara-negara Komanwel.
Sejarah Bendera Malaysia Pada 29 November 1949, Majlis Raja-Raja dengan kerjasama Majlis Perundangan Persekutuan telah mengadakan pertandingan peringkat kebangsaan untuk memilih reka bentuk bendera bagi kerajaan yang bakal dibentuk. Dalam pertandingan tersebut, ciptaan Encik Mohamad bin Hamzah  (arkitek kerajaan Johor) dipilih sebagai pemenang.
Walau bagaimanapun reka bentuk bendera tersebut telah dibuat beberapa pindaan dan telah diperkenankan oleh Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 22 dan 23 Februari1950. Pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua Setiausaha Negara. Reka bentuk bendera tersebut telah mendapat kelulusan King George VI pada 19 Mei 1950.
Sehubungan dengan itu, buat pertama kalinya Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dikibarkan di perkarangan Istana Sultan Selangor dengan dihadiri oleh DYMM Raja-Raja Melayu dan pegawai-pegawai King Goerge VI pada 26 Mei 1950. Selepas penubuhan Malaysia pada 16 September 1963,
Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah diubahsuai sejajar dengan kemasukan Sarawak, Sabah dan Singapura ke dalam Persekutuan Tanah Melayu.
Walaupun Singapura keluar daripada Malaysia pada tahun 1965, namun Malaysia masih mengekalkan ciri-ciri benderanya. Setelah berkibar megah sejak 1950, pada malam 31 Ogos 1997, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad yang merupakan Perdana Menteri ketika itu telah mengukir satu lagi sejarah apabila beliau mengumumkan nama baru bagi Bendera Malaysia iaitu JALUR GEMILANG.
Susunan Keutamaan Bendera
Susunan keutamaan Bendera Malaysia dan negeri-negeri ditentukan mengikut susunan keutamaan DYMM Raja-Raja Melayu dan TYT Yang Di-Pertua Negeri seperti yang termaktub dalam Perkara 70, Perlembagaan Persekutuan. Sehubungan itu, susunan keutamaan bendera yang diguna pakai bagi tahun 2009 adalah seperti berikut:-
1. Malaysia
2. Kedah
3. Pahang
4. Kelantan
5. Johor
6. Perak
7. Perlis
8. Selangor
9. Negeri Sembilan
10. Terengganu
11. Sarawak
12. Pulau Pinang
13. Sabah
14. Melaka
15. Wilayah Persekutuan
Di atas merupakan sedikit sebanyak mengenai bendera Malaysia kita yang mana merupakan pencetus idea untuk saya menjadikan ia sebagai "subject matter " utama saya dimana di dalam bendera ini sudah mempunyai dua dua "subject matter " yang mana saya olah kan jalur gemilang dan juga bulan dan bintang di atas arca luakan saya.

 2)Idea ketiga 
Gendang cina diambil sebagai idea adalah kerana ia memiliki rupa bentuk yang menarik dan ia juga melambangkan malaysia yang mana rakyatnya berbilang kaum hidup aman damai dalam Satu Negara .
Gendang

 
       Gendang merupakan alat muzik pukul yang sering dimainakan di China. Berdasarkan galian yang ditemukan dapat ditentukan gendang telah bersejarah selama kira-kira 3000 tahun. Pada purbakala, gendang bukan saja dimainkan semasa mengadakan sembahyang atau persembahan nyanyian dan tarian, akan tetapi itu juga digunakan untuk mengarahkan  tentera, menghiraukan haiwan, memaklumkan masa dan mengeluarkan alarm.

        Sampai kini, penggunaan gendang semakin luas, itu sering digunakan dalam orkes alat muzik tradisional, drama, nyanyian, tarian, upacara perayaan, pertandingan dan lain-lain. Gendang terdiri daripada kulit dan badan, kulit gendung biasanya dibuat dengan kulit haiwan, dan ditutup kepada kedua-dua hujung badan gendang. Bahagian dalam gendang ialah kosong, kedua-dua hujungnya kecil seditik berbanding bahagian pertengahan badan gendang. Memukul kulit gendang, gentaran kulit gendang akan mengakibatkan gedang berbunyi.


       Gendang China juga dapat dibagikan menjadi pelbagai jenis termasuk gendang pinggang, gendang besar dan lain-lain. Antaranya gendang pinggang juga dibagikan menjadi 4 jenis berdasarkan besarnya, dan sering dimainkan dalam persembahan tarian Yangge kalangan rakyat China. Semasa mengadakan persembahan, gendang itu diikatkan kepada pinggang pemain, pemain itu memukul gendang dengan dua batang tongkat pemukul.
Muzik “Harimau Gesek GiGi” yang dimainkan dengan gendang.
 
 Sehingga lah ia di olah dan digabung menjadi satu idea yang amat menarik untuk dijadikan arca luakan saya.
 
 
 

No comments:

Post a Comment